Dasar Privasi
Great Digital menghormati privasi anda. Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpul melalui greatdigital.my dan cara kami menggunakannya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Maklumat yang kami kumpul
- Maklumat yang anda beri secara sukarela semasa menghubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel, seperti nama, nombor telefon dan butiran bisnes.
- Data penggunaan tanpa nama melalui Google Analytics, seperti halaman yang dilawati, jenis peranti dan lokasi umum.
Cara kami menggunakan maklumat
- Membalas pertanyaan dan menyediakan sebut harga.
- Menyampaikan servis yang anda langgan.
- Menambah baik kandungan dan prestasi website.
Perkongsian maklumat
Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi anda. Data hanya dikongsi dengan penyedia servis yang membantu operasi kami (contohnya Google Analytics) atau apabila dikehendaki undang-undang.
Cookies
Website ini menggunakan cookies Google Analytics untuk statistik lawatan. Anda boleh menyekat cookies melalui tetapan pelayar anda.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data peribadi anda dengan menghubungi kami di sales@greatdigital.my.
Dikemas kini: November 2026